April 11, 2009

motivasi..

hmm.. tak taulah kenapa dgn hari ni... rasanya mcm hari utk memotivasikan diri kot..

pagi tadi lepas jog, aku layan dr fadzilah kamsah kt astro oasis.. dia ckp pasal silaturahim.. pasal memutuskan hubungan sesama manusia.. walaupun benda ni dah lama aku dengar.. tapi tadi aku rasa pedih jer bila dia ckp sebagai manusia yg bersaudara, tak baik utk kita tidak menegur sapa dgn kawan² kita lebih dari 3 hari.. terasa siut..

pastu waktu tgh lepak² sambil baca suratkhabar lama.. (ni mmg hobi aku kalo dah bosan).. aku terbaca satu artikel tentang erti persahabatan.. (dalam suratkhabar borneo post yg aku dpt waktu kt sabah ari tu).. antara petikan yg menarik :-

"dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri.. tetapi, dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.. sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia... tetapi kita sering terlupa akan hal itu"

hmm.. betul gak apa yg diperkatakan tu.. kadang² benda depan mata, kita buat tak tau jer.. tapi bila dah takde.. baru sibuk nk carik balik.. huh.. terkena kt aku lagi..

pastu petang tadi.. waktu lepak dgn member aku.. dia sound tepat kt aku.. pasal org yg kita sayang.. kalo tak silap aku, dia cakap

"dalam hidup, bukan semua yg kau nak, kau bole dapat.. mungkin skrg ni, kau ada benda yg kau paling sayang... tapi kemudian hari, benda yg kau sayang tu mungkin akan hilang.. sebab kesilapan kau sendiri.."

lepas jer member aku ckp benda tu.. terus gelap jer rasa dunia nie.. simple tapi pedas ayat dia.. hmm.. tak taulah apa nak jadi dgn aku nie..

skrg ni, barulah aku tahu utk menghargai sebuah persahabatan.. lepas apa yg berlaku antara aku dgn dia.. walaupun hubungan kami masih lagi tidak seperti dulu.. tapi aku masih lagi berdoa dan berharap... agar pintu hatinya terbuka untuk menerima diriku seadanya.. aku akan berusaha, sedaya mungkin.. agar persahabatan ini tidak luntur begitu sahaja..

No comments:

Post a Comment