hadiran ombak membelai pantai,
tiada putusnya percintaan itu,
hembusnya bayangmu menyejukkan,
tapi tiada terhenti dahaga kerinduan...
terngiang di telinga, lagu suara kekasih nyanyian kumpulan alleycats..
hmmm.. tak taulah, skrg ni rasa mcm ada sesuatu jer yg tak kena antara aku dgn dia.. walaupun dia di sisi.. tp dah tak semesra dulu.. aku pun tak tau di mana silapnya.. sampai skrg aku masih tertanya.. aku kah yg bersalah atau dia yg cuba melarikan diri dari aku.. bila aku bertanya, tiada jawapan yg diberikan.. hanya diam membisu..
hampir sebulan dia begini.. membiarkan aku dgn seribu persoalan yg tak pasti.. walaupun dia di depan mata.. tp ku rasakan dia spt org lain.. yg tak pernah ku kenali..
sebelum ni, akulah tempat dia mengadu nasib.. tentang kisah hidupnya, tentang kisah suka dukanya.. tp kini, aku bagaikan orang asing baginya..
bila ku fikirkan kembali, adakah ini semua cabaran utk menguji kasihku padanya.. atau mungkin ini tanda² awal, berakhirnya persahabatan ini.. entahlah, aku pun tak tau mcm mana..
esok, aku akan melakukan tugasan luar selama 2 minggu.. selama tempoh itu jugak, aku akan mendiamkan diri.. memberi ruang kepadanya utk berfikir.. dan jika masih tiada jawapan darinya.. aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja..
apa² pun.. aku cuma ingin dia tahu, yg aku tetap menyayanginya.. dalam apa jua keadaan sekalipun..
No comments:
Post a Comment